Welcome to UDM Kampus KUSZA
 Berita
· Kemasukan Pasca Ijazah sesi DIS 2006/2007
 Languages
Pilih Bahasa:


 Total Hits
Kami sudah menampilkan
306858
halaman sejak Jan 2007

Selamat Datang ke UDM Kampus KUSZA Homepage!

Laman ini adalah laman baru UDM kampus KUSZA yang dulunya dikenali sebagai Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA).

Matlamat kami adalah untuk menyediakan maklumat mengenai KUSZA bagi sesiapa sahaja yang mengunjungi laman ini, agar kunjungan anda adalah tidak sia-sia. Sekiranya anda seorang pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran anda boleh melihat pada halaman program-program yang kami tawarkan, kelayakan, peluang kerjaya dan cara-cara memohon. Mudah-mudahan anda akan ketemui program yang sesuai dengan cita-cita anda. Bergitu juga kepada para ibu bapa atau penjaga yang sedang mencari sebuah tempat pendidikan yang sesuai bagi anak kami menyediakan maklumat mengenai kemudahan-kemudahan yang kami sediakan untuk pelajar-pelajar kami, mudah-mudahan tuan puan menemui satu pesekitaran pembelajaran yang sesuai dengan anak-anak tuan puan.

Bergitu juga bagi pengunjung-pengunjung yang lain, kami akan menyediakan maklumat mengenai aturcara program-program yang ilmiah sesuai dengan kami sebagai sebuah institusi pendidikan, mungkin anda boleh berminat untuk menyertai program-program tersebut. Bergitu juga mereka yang meminati untuk menjadikan pendidikan sebagai satu kerjaya, kami di sini sentiasa mencari tenaga pengajar yang mahir untuk mendidik dan mencurah segala ilmu dan pengalaman kepada pelajar-pelajar agar apabila keluar nanti berbekalkan ilmu dan pengalaman yang mereka dapat di sini, mereka akan menjadi seorang insan yang berjaya.

Namun bergitu, laman ini sentiasa dalam pembangunan, sesetengah maklumat akan kami tambah dari masa ke semasa. Kami berharap anda gembira mengunjungi laman kami sepertimana kami gembira membangunkannya.

Universiti Darul Iman Malaysia, Kampus KUSZA. Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu
Tel: 09-6664466 Fax: 09-6662566
http://www.kusza.edu.my


Generasi halaman: 0.05 detik